28 January 2010

kek


kek tempahan kali kedua dari Miza... untuk Boss kat tempat kerja.. dengan kek moist kukus 1kg.. terima kasih banyak2 ...

Pergi hantar kerumah mak dia kat Sedenak , dapat juga jumpa mak dia yang memang dah lama sangat tak jumpa
.

komen dari miza = yummy... semua menjilat jari..aku dapat makan satu sudu je... ade ke patut?


Alhamdulilah ... semuanya rasa sedap..terima kasih banyak2. ..

Muffin Coklat chip


200 biji Muffin coklat chip oder dari Fais Tampoi untuk jamuan makan di YPJ.
terima kasih .... kalau nak buat jamuan oderlah lagi gan akak ye.

Cup cake Strawbery



Tempahan dari Anis Taman Puteri Wangsa .... Khas untuk ibunya....
suaranya manja , macam budak sekolah .... patutlah orangnya kecik molek je.
Anis tempah Cupcake 16 biji dengan Cheestart Blueberry /Strwberry.

Terima kasih anis ... harap mak gembira dengan cupcake yg anis bagi
.

25 January 2010

Resepi Blueberry Cheese Cake


Petang semalam tekak nie teringin pulak nak makan blueberry cheese cake ... tengok kat dapur semua bahan ada cuma yang tak de biskut , so pergi titah sekejap pergi beli biskut.

kali pertama buat hasilnya sungguh menyelerakan ... tapi hubby gan anak-anak tak suka makan cheese .. so bagi lah kawan - kawan untuk merasa..

Kat sini saya ada letakkan resepi , sesipa yang teringin nak buat cheese cake nie bolehlah mencuba , dah tak payah ge beli kat kedai..

Resepi nie saya ambik kat FP Hajar .. maaf ye , saya letak resepi ni kat blog saya pulak..
rasanya memang sedap.... tak berapa manis dan terasa lemak cheesenya
.

Bahan A -Base Biskut

120 gm biskut chipsmore

2 s/b butter


Cara

1. Mesinkan halus biskut.

2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.

3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.

4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.



Bahan B - Filling

250 gm krim keju Philidephia

70 gm butter

120 gm fresh cream

120 gm gula halus

50 gm tepung jagung

30 gm tepung superfine

1 s/teh esen vanilla

4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]

2 s/b blueberry filling

Topping

Filling blueberry..

[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket. ]


Cara

1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...

2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]

3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.

4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.

5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.

6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.

7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.

8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.

9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.

10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit

11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.

12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.

13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

24 January 2010

cupcake



Cupcake buttercream coklat atas permintaan Along Anita..
tempahan kali kedua daripadanya .... terima kasih banyak - banyak.


Harap Along sekeluarga suka ... kalau ada yang tak ok , bagi tahu ye...
Along Anita nie , kawan lama masa kerja kat Panasonic , dia nie bagus banyak membantu dan
memberi semangat sebab dia pun minat berniaga .....

Sekarang dia berniaga kecil-kecilan menjual barangan Taharah .. pada sesiapa yang tengah mencari tu .. boleh lah hubungi dia.. kalau nak no telefon dia cal saya ok....
promote lah pulak... apa salah nya kita saling bantu membantu kan...

Sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang suka bantu membantu....

cheesetart & Muffin

Pukul 7 pagi dah mula bakar muffin 100 bj dengan kek coklat moist kukus sebab nak hantar pukul 10pg ..

Bekas Cheesetart berwap sebab baru keluar dari peti ais... yang kek moist kukus tu pulak berwap sebab panas....mana tak nya baru siap masak .

Muffin Coklat Chip size mini

100 biji muffin coklat chip , tempahan daripada Aida Mutiara Rini Bakti , untuk majlis kawannya... terima kasih ye Aida , cantik orangnya comel saja......



Aida Mutiara Rini Bakti 50bj cheesetart blueberry .
Okit Lakin Jaya tempah 50 bj cheesetart blueberry/strawberry dengan tart sepit 50bj
untuk makan-makan .

Terima kasih buat semua ...

Mana yang kurang nanti saya perbaiki... sesungguhnya komen-komen yang anda berikan membantu saya perbaiki kelemahan yang ada.

21 January 2010

Tart sepit istimewa


Tart gulung ... adunan yang sama cuma ada orang oder yang bergulung ... kalau nak rasa inti jem nenas yang banyak , tart gulung pilihannya .
Kek coklat Moist kukus nie oder dari cikgu lin sebelah rumah ,
hubbynya nak balik kelantan , so nak bagi orang kampung ..
Terima kasih cikgu lin kalau teringin nak makan tempah lah lagi. sebab cikgu lin nie megandung anak sulung , awal bulan 3 bersalin ,
semoga selamat dan sihat selalu..



Aktiviti minggu nie membuat tart sepit ... ada oder dari lin 100 biji .. terima kasih banyak - banyak buat lin yang selalu buat tempahan.kalau dah membuat tart nie 1 hari memang tak boleh buat keja lain dari pagi sampai petang .. memang megadap tart sahaja lah.

Pagi jumaat hubby hantar kat tempat keja lin... itulah kerja hubby ku , tolong menghantar kuih kemana saja oder... terima kasih banyak-banyak , tanpamu aku tak sekuat ini.

cup cake birthday






Cupcake ini ditempah oleh miza khas untuk ibu nya tersayang... miza ini kawan lama masa sekolah rendah dah lama sangat tak bertemu,,,last jumpa masa darjah 6... facebook yang menemukan kami ....suka sangat dapat jumpa kawan lama , seronok bercerita kisah - kisah lama..ibu dia memang aku kenal sesangat mana tak nya masa dulu- dulu asyik bertandang kat umah dia saja ... InsyaAllah nanti ada masa lat kerumah .

Miza kata ibu dia , suka sangat gan cupcake yang aku buatkan... terima kasih ye... harap-harap miza sekeluarga bahagia selalu.

15 January 2010

Tart sepit istimewa

Tart sepit nie. disepit satu persatu menggunakan tangan tanpa menggunakan cetak.
siap letak riben lagi..
Hari khamis yang sibuk menyiapkan tempahan cheesetart , tiba-tiba k.gie ( pcm ) telefon nak tempah tat sepit nak buat doorgift untuk pelawat dari cina .... nasib baik jem nenas memang ada stock .. malam aku siapkan semuanya.. hai tidur lambat lagi.. pukul 2 pg baru tidur .sebenarnya tak larat nak buat , tapi kata orang rezeki jangan ditolak.

Alhamdulilah dapat siapkan semuanya .. Amin Muda-mudahan rezeki datang lagi
.

cheesetart

Tempahan dari k.long azra yang berkerja kat majlis Johor baru tengah untuk kawan-kawan office . terima kasih ye k.long yang selalu buat tempahan dengan lat.

Minggu nie banyak tempahan cheesetart terima kasih buat semua lin arab = 290 biji / k.miesa = 50 biji / Ita = 200 biji / along azra = 50 biji


Cheesetart tempahan dari kawan lin dia suruh letak coklat.
Cheesetart blueberry yang dah siap dipacking

10 January 2010

kek birthday

Muffin 50 pcs , hantar ke Tadika Hikmah YPJ Tampoi... nak sambut birthday disana.
Oder dari nini Tampoi .Kek Birthday sama hantar ke Tadika Hikmah...Khas untuk Birthday Boy " Arman Zharfan "

Hari nie boleh lah bercerita panjang sikit sebab tak de buat kuih .
Membuat kek nie sungguh mencabar kesabaran ku , pagi ahad dah keluar rumah hantar cupcake di giant plentong dan Kek kerumah nini ditampoi dan terus pergi mencari barang utk membuat muffin dengan kek .

Tiba saja dirumah dah pukul 2pm .Angan2 nak terus buat kek tapi perutku , suami dan anak-anak perlu diisi ... teruslah memasak.

Siap sembahyang zohor baru mula megandun kek... dengan rasa lega menunggu 1 jam kek masak . terus menyediakan bahan2 unutk muffin pulak.

selepas 1 jam kek masak puteriku Aliysa menagis minta didokong , apalagi dengan kelam kabut aku mengeluarkan kek dari loyang ... kek nya terpatah dua.. Ya Allah penat nya rasa melihat kek dah tak cantik.....itulah kata orang kalau membuat kerja kelam kabut pasti ada yang tak kena...so lepas nie kena lebih berhati-hati dan tenang membuat kerja.


Pukul 6.00pm baru mengadun kek yang baru , Pukul 12.00pm baru aku siap semuanya .. inilah hasil kek yang aku buat sampai larut malam
.

Walaupun penat hari nie , dapat msg dari nini hilang rasa penat
macam nie msg yang nini bagi " slm sis,semua puji u punya kek , sedap ! memang berbaloi .. next time leh oder lg.tq..

Alhamdulilah .. itulah yang saya nak , mereka rasa puashati..
terima kasih ya nini.. nanti kalau ada party boleh lah oder lagi dan jangan lupa promote gan kawan-kawan.


Harap- harap Ammar suka ye dengan kek almo yang auntie buat.
Happay birthday Ammar semoga menjadi anak yang soleh...Amin


cup cake



Tempahan dari eta pasir gudang , ini kali kedua eta oder . cupcake birthday nie untuk anak keduanya dia nak letak blueberry gan coklat atas cupcakenya terime kasih ye......

kek birthday


Tempahan dari nini tampoi , harap- harap nini sekeluarga suka..... kek moist kukus....

Untuk esok nini suruh hantar ke Tadika Hikmah YPJ Tampoi sebiji kek dengan muffin coklat chip 50bj... terima kasih ya nini....

07 January 2010

cheesetart blueberry


Chessetart yang sungguh sedap dimakan.. adunan tepung yang enak dan crem cheese yang terasa keasliannya ditambah pula dengan blueberry / strewberry terasa sungguh keenakkannya......
siapa yang teringin nak makan bolehlah oder dengan saya. .
harganya :-
size kecil 2.5cm bottom /4cm top = 50pcs =rm26
size besar 4.5cm bottom /6.5cm top = 16 pcs = rm30

silalah oder , cuba sekali pasti nak lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...