25 January 2010

Resepi Blueberry Cheese Cake


Petang semalam tekak nie teringin pulak nak makan blueberry cheese cake ... tengok kat dapur semua bahan ada cuma yang tak de biskut , so pergi titah sekejap pergi beli biskut.

kali pertama buat hasilnya sungguh menyelerakan ... tapi hubby gan anak-anak tak suka makan cheese .. so bagi lah kawan - kawan untuk merasa..

Kat sini saya ada letakkan resepi , sesipa yang teringin nak buat cheese cake nie bolehlah mencuba , dah tak payah ge beli kat kedai..

Resepi nie saya ambik kat FP Hajar .. maaf ye , saya letak resepi ni kat blog saya pulak..
rasanya memang sedap.... tak berapa manis dan terasa lemak cheesenya
.

Bahan A -Base Biskut

120 gm biskut chipsmore

2 s/b butter


Cara

1. Mesinkan halus biskut.

2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.

3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.

4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.



Bahan B - Filling

250 gm krim keju Philidephia

70 gm butter

120 gm fresh cream

120 gm gula halus

50 gm tepung jagung

30 gm tepung superfine

1 s/teh esen vanilla

4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]

2 s/b blueberry filling

Topping

Filling blueberry..

[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket. ]


Cara

1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...

2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]

3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.

4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.

5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.

6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.

7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.

8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.

9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.

10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit

11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.

12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.

13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...